Sinopsis Hero Seorang Cinderella – JIWAROSAK.COM

Posted on

10 April 2017 | 3:02 am


Sinopsis Hero Seorang Cinderella. Nantikan drama adaptasi novel Sinopsis Hero Seorang Cinderella hasil Karya Anjell AKAN DATANG di Slot Mega Drama Astro Ria | Ria HD. Lakonan Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose & ramai lagi.

Sinopsis Hero Seorang Cinderella

Hero Seorang Cinderella Ini ialah kisah seorang Cinderella dan heronya…

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai buat Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya buat menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya msh versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin budak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pd suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat aku malam ni, aku pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian buat mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih buat percaya.” – NURA MEDINA

“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dlm situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

Ofme

Incoming search terms: