Permohonan Masuk Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2017

Posted on

7 October 2016 | 2:37 am

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2017 akan dibuka secara online mulai Oktober 2016. Pemohon yang berkelayakan boleh memohon melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan secara Online Mulai 11 Oktober 2016:
Cara memohon:

Permohonan Masuk Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik 2017 secara online

Program dilaksanakan sepenuh masa selama dua (2) th dan murid diberi latihan dlm dua (2) komponen iaitu:

  1. Komponen akademik – menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)
  2. Komponen vokasional – mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS)

Info Setiap Program Kursus : infokursus_pav.pdf
Senarai Kolej Vokasional di seluruh negara : senarai-kolej-vokasional-dan-kursus.html

JADUAL PROSES KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2017

  • Permohonan Secara Online: 11 Oktober 2016
  • Tarik Tutup Permohonan: 20 Disember 2016
  • Pemprosesan Permohonan (BPM): akan dikemaskini
  • Sesi Temuduga (Sekiranya perlu) & Pemilihan: akan dikemaskini
  • Semakan Keputusan Kemasukan Secara Online: akan dikemaskini
  • Pendaftaran Masuk: akan dikemaskini

Syarat-Syarat Kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2017

1. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)

  • Calon ialah Warganegara Malaysia;
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) th 2016;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

2. SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS kpd DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM

  • Calon ialah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental ; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

3. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) – ALIRAN TEKNIKAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)
SYARAT UMUM :

  • Calon ialah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan kursus dipohon; dan
  • Calon bidang *Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.

SYARAT KHUSUS

  • Khusus buat Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian Dan Perdagangan
  • Calon memperoleh sekurangkurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kemahiran Hidup
  • Calon memperoleh sekurangkurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains.

4. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

  • Calon ialah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJSK), Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bebas daripada masalah mental;
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.

5. SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL

  • (Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)

Ofme