Pelajar Sekolah Ditegur Bercium Di Tempat Awam-Video Penuh

Posted on

Ofme – Subang Jaya – Sepasang remaja tanpa segan silu telah melakukan aksi menjijikkan di kawasan tempat awam tanpa memperdulikan mata yang sedang memerhatikan mereka.

Tindakan pasangan tersebut dilihat semakin berani kerana melakukan aksi sumbang di tempat awam apatah lagi ianya dilakukan pada waktu siang dalam keadaan lengkap berpakaian uniform sekolah.

Menurut Malaysia Digest, kejadian tersebut telah dikongsikan oleh Ryzal Syah Putra di laman media sosial mengenai pengalamannya beserta gambar pasangan remaja tersebut dipercayai kekasih yang sedang melakukan adegan mesra tersebut di tempat awam.

Ryzal dalam kenyataannya memberitahu bahawa ketika kejadian dia bersama dengan anak buahnya sedang menjamu selera di sebuah restoran yang terletak di SS15 Subang Jaya.

Ketika mereka sedang enak menjamu selera tiba-tiba pandangan mereka kepada kelibat sepasang kekasih yang merupakan pelajar lengkap dengan baju sekolah berbangsa melayu sedang melakukan aksi mesra bercumbuan dihadapan restoran tersebut.

Ryzal memberitahu bahawa dia yang tidak selesa dengan pemandangan tersebut apatah lagi ketika situasi berkenaan terdapat anak buahnya bersama lalu dia kemudiannya bertindak mengetuk cermin tingkap restoran dan memberi isyarat kepada mereka agar berhenti melakukan aksi tersebut.

Namun kedua-dua remaja berkenaan tidak mengendahkan isyarat yang diberikan oleh Ryzal menyebabkan bertindak keluar dari restoran berkenaan dan menegur perbuatan mereka berdua.

Selepas di tegur, kedua-dua pelajar berkenan beredar dalam beberapa langkah sahaja dari kedai berkenaan tetapi kemudiannya menyambung semula aksi tidak senonoh itu.