Panduan & Cara Solat Sunat Taubat

Posted on

23 September 2016 | 2:04 am

Berikut ialah panduan dan cara melakukan solat sunat taubat. Solat sunat taubat ini dilakukan apabila seseorang itu melakukan dosa atau merasa bersalah lalu ingin bertaubat kpd Allah SWT dan tidak melakukannya kembali.

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pd bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pd waktu tengah malam dmn suasananya lebih sunyi dan tenang..

Solat sunat taubat ini dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana dlm Hadis;
“Tiadalah (mendapat apa-apa) bagi sesiapa yang berbuat kesalahan dosa lalu dia bangun, kemudian berwudhuk dan seterusnya bersembahyang, selepas itu pula dia minta ampun kpd Allah, melainkan diampunkan (dosanya), kemudian membaca pula ayat ini ( dr Surah Al-Imran): Dan jg orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kpd Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka jg tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui.(135) Mereka itu balasannya ialah keampunan dr Tuhan mereka, dan Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya;…(136) – 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Panduan & Cara Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat Taubat

Cara buat melakukan solat sunat taubat ini sama seperti solat yang lain tetapi dengan hanya sedikit perbezaan. kamu mestilah berwuduk terlebih dahulu sebelum bersolat dan mematuhi syarat sah dan rukun solat.

1. Lafaz Niat

  • “Sahaja aku solat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

  • Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3. Semasa  sujud terakhir pd rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:


“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.” 
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali :

  • “As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.” 
  • Maksudnya: Daku mohon ampun kpd Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kpd-Nya.

5. Bacalah penghulu istighfar seperti berikut :

  • اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
  • Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kpd-Mu dr kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku ialah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dpt memberi ampunan kecuali hanya Engkau”.

6. Doa Solat Taubat – Doalah mengikut cara kamu dan pohonlah keampunan.

  • Panduan Doa ringkas – “Aku mohon keampunan Allah yang Maha Agung. Tiada tuhan melainkan Dia yang maha Hidup lagi Maha Kekal dan (kepadaNyalah) Aku bertaubat. Taubat (dr) seorang hambaMu yang zalim, yang tidak mempunyai daya upaya, (sama ada) mahu berbuat mudharat atau manfaat atau (sama ada) ketika menghadapi maut atau menjalani kehidupan apatah lagi ketika dibangkitkan semula.”

Video Solat Taubat

kamu jg boleh belajar panduan dan cara Solat Taubat melalui video berikut:

Semoga kamu beroleh keampunan dan solat taubat kamu diterima Allah SWT… InsyaAllah

Ofme