Kerana Segelas Susu Wanita Sembuh Dr Penyakit Serius Tanpa Bayaran

Posted on

8 May 2017 | 2:38 am


Kerana Segelas Susu Wanita Sembuh dr Penyakit Serius Tanpa Bayaran.  Seorang budak lelaki miskin berjalan dr rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yg diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tak mahu pulang selagi belum habis menjualnya.

Kerana Segelas Susu Wanita Sembuh dr Penyakit Serius Tanpa Bayaran

masuk air water drip

kredit : http://www.islamituindah.my

Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dr sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnung wajah budak yg kelihatan lesu & sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dgn segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dgn kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dgn ucapan ‘alhamdulillah’ & terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak it uterus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga & penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dgn kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yg merawat wanita itu adalh budak lelaki yg pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor msh mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dgn segelas susu. Alhamdulillah & Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yg dihulurkan namun disertai dgn ikhlas, impaknya tak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dlm pelbagai bentuk & kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yg barada berdekatan kita.

dr Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Kredit : Izinkan Saya Share

Ofme