Kelebihan Membaca Surah Al-Baqarah – JIWAROSAK.COM

Posted on

30 March 2017 | 3:11 am


Kelebihan Membaca Surah Al-Baqarah. Soalan: “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pd suatu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan (atau makhluk jahat selainnya) sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dlm surah al-Baqarah”. Apakah status hadith ini?

Kelebihan Membaca Surah Al-Baqarah

al-baqarah

kredit : muftiwp.gov.my

Jawapan : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, kami mendapati hadith tersebut di dlm beberapa kitab hadith. Antaranya:

• Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا

Maksudnya: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pd satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pd malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dlm surah al-Baqarah”. [Riwayat Imam al-Darimi (3425)]

Hukum Hadith Dan Ulasan

Imam al-Haithami mengatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani dan perawi-perawinya ialah sahih melainkan al-Sya’bi kerana beliau tidak mendengar (hadith) daripada Ibn Mas’ud. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 118/10]

BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Selain itu jg, Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghukum hadith ini sbg mawquf serta perawinya ialah thiqah dan pd sanadnya inqitha’ (terputus). [Lihat: Futuhat al-Rabbaniyyah, 284/3]

Berdasarkan dua pendapat Imam yang besar ini, kami dpt menyimpulkan bahawa hadith di atas ialah termasuk di dlm kategori dhaif (lemah) kerana sanadnya terputus iaitu al-Sya’bi tidak mendengar hadith ini daripada Abdullah bin Mas’ud.

Tambahan pula, terdapat sebuah hadith di dlm Sahih Muslim berkaitan kelebihan surah al-Baqarah ini dan maknanya seperti hadith di atas:

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Janganlah menjadikan rumah km seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. [Riwayat Muslim (780)]

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri mengatakan yang dimaksudkan dengan menjadikan rumah seperti perkuburan ialah rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan maka dengan itu menjadikannya seperti perkuburan atau seperti orang yang mati. Di antara makna lain bagi hadith ini ialah tidak boleh mengebumikan orang-orang yang mati di dlm rumah. Akan tetapi, hadith ini menunjukkan pd makna yang pertama iaitu rumah yang kosong daripada zikir dan ketaatan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 146/8]

Penutup

Kesimpulannya, walaupun hadith di atas ialah mawquf serta terputus pd sanadnya, namun di sana terdapat sebahagian ulama’ yang membenarkan buat beramal dengannya. Tambahan pula, terdapat hadith lain yang menguatkan hadith mawquf tersebut sebagaimana yang kami nyatakan di atas iaitu daripada sahih Imam Muslim. Di samping itu jg, para sahabat RA tidak akan mengatakan sesuatu melainkan mereka mendengarnya daripada Nabi SAW sendiri. buat itu, Nabi SAW bersabda:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ

Maksudnya: “Maka hendaklah km berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa’ al-Rasyidin yang diberi petunjuk (hidayah)”. [Riwayat al-Hakim (329)]

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita taufiq dan hidayah dlm beramal serta menerima segala amalan yang kita lakukan. Amin.

Wallahua’lam

Kredit : MuftiWP

Ofme