Harga Dan Spesifikasi Nokia 3310 2017

Posted on

27 February 2017 | 9:43 am

Harga Dan Spesifikasi Nokia 3310 2017

Baru-baru ini, dunia baru sahaja dikejutkan dengan penampilan semula (comeback) oleh telefon bimbit pintar berjenama Nokia dengan kemunculan model Nokia 6 dan mendapat sambutan yang hangat dr seluruh negara. Tidak berhenti di situ, model Nokia 3310 pulak dikeluarkan semula dengan penambahan (upgrade) beberapa spesifikasi berbanding model lama. Artikel ini akan menerangkan mengenai harga dan spesifikasi Nokia 3310 2017.

Harga Dan Spesifikasi Nokia 3310 2017

Seperti yang sedia maklum, nokia 3310 dikenali dengan ketahanan dr segi jangka hayat bateri, tahan lasak dan badannya yang kebal berbanding telefon bimbit yang lain semasa zamannya. Berikut merupakan sedikit pengenalan mengenai telefon bimbit tersebut:


 

JARINGAN

 

– 2G (GPRS & EDGE)

– GSM 900 / 1800 – SIM 1 & SIM 2 (buat model dual sim sahaja)

 

BADAN – 115.6 x 51 x 12.8 mm

– SIM Mini

– Terdapat dua jenis iaitu single SIM dan dual SIM

– Lampu

MODEL – TFT

– bersaiz 2.4 inci (nisbah 30.3% skrin ke badan)

–  240 x 320 pixel resolusi

MEMORI –  microSD, sehingga 32 GB (buat slot kad memori)

–  sehingga 2000 nombor boleh disimpan

– memori dalaman sebanyak 16 MB

KAMERA – kamera pertama (2MP berserta flash LED)

– kamera kedua tidak tersedia, tetapi video disediakan

SUARA – nada suara MP3

– pembesar suara & 3.5mm jack tersedia

COMMS – WLAN & GPS tidak tersedia

– BLUETOOTH  v3.0, A2DP

-FM radio, USB                  (microUSB v2.0)

 

CIRI-CIRI – SMS, pelayar (WAP 2.0/xHTML), games, Java ( Audio/Video player sahaja)
BATERI –  Li-Ion 1200 mAh battery (boleh dibuka)

 

WARNA –  Warm Red (Glossy), Dark Blue (Matte), Yellow (Glossy), Grey (Matte)

*Harga rasmi belum lagi diumumkan, tetapi menurut sumber gsmarenaharga dianggarkan sekitar 50 EUR (234.80 MYR). Amacam? Berbaloi tak? Bolehlah merasa nostalgia bersama 3310 seperti dahulu.


Sekian sahaja artikel mengenai harga dan spesifikasi Nokia 3310 2017. Dengan terbitnya semula model ini, admin pun terfikir pulak hendak membeli satu, oleh kerana harganya yang mampu dimiliki serta dpt mengembalikan zaman kegemilangan Nokia 3310. Akhir kata, mengapa perlu bawa powerbank bila kamu mempunyai telefon sebegini yang mempunyai jangka hayat lebih panjang tanpa dicas? ?

SILA KLIK SINI buat PERMOHONAN RUMAH PR1MA 2017

Ofme