Geran Kereta Baru @ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Posted on

26 September 2016 | 7:16 am

Kenali dan fahami apa itu Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate – VOC) yang menggantikan Geran Kereta atau Registration Card (RC)

Ya… Sejak berkurun lamanya kita telah kenal dan biasa dengan Geran Kereta iaitu sehelai kertas yang penuh dengan informasi dan kemaskini maklumat sesebuah kenderaan. Namun akhrnya ia akan menjadi sejarah dlm beberapa th lagi apabila Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate – VOC) mula diperkenalkan pd th ini.

Vehicle Ownership Certificate

Apakah itu Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate) atau secara ringkasnya VOC? VOC sama seperti geran kereta sebelum ini namun ianya tidak lagi perlu dikemaskini secara manual. Semua data disimpan dlm sistem computer JPJ dan boleh diakses dengan mudah secara online.

Maka VOC umpama kad pengenalan yang hanya perlu disimpan. Sebarang urusan seterusnya seperti memperbaharui cukai jalan (roadtax), pertukaran pemilik atau alamat, pertukaran warna atau spesifikasi enjin dan sebagainya hanya perlu dilakukan secara online.

Sijil Pemilikan Kenderaan (Vehicle Ownership Certificate) -VOC

Objektif VOC

Objektif dan matlamat pertukaran Geran kpd VOC ialah:

  1. Memudahkan dan mempercepatkan urusan berkaitan tanpa perlu berbaris dan menunggu di Pejabat JPJ.
  2. Urusan boleh dilakukan pd bila-bila masa
  3. sbg langkah keselamatan dr masalah kereta klon.
  4. Menjimatkan kos JPJ dan pengguna
  5. Tiada lagi masalah Geran hilang atau tidak muat buat di ‘print’

Peringkat Perlaksanaan

Geran Kereta atau Registration Card (RC) dijangka akan berakhir penggunaannya apabila semua pemilik kenderaan telah bertukar kpd VOC menjelang Januari 2020. Ini berikutan JPJ telah memulakan program VOC ini pd th ini melalui 3 peringkat:

Peringkat 1 – Mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula menggunakan VOC pd semua pendaftaran kenderaan baru mahupun kpd mereka yang melakukan pertukaran hakmilik.

Peringkat 2 – Bermula 1 September 2016, Semua pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan akan terus bertukar kpd VOC. Termasuk jg kpd mereka yang yang mehu membuat sebarang ubahsuai kenderaan, pembetulan dan apa jua urusan yang berkaitan dengan Geran Kereta akan terus ditukar kpd VOC.

Peringkat 3 – Bermula 1 Januari 2017, JPJ akan memulakan kempen pertukaran Geran kpd VOC secara sukarela kpd semua pemilik kenderaan.

JPJ akan memaklumkan secara rasmi akan tarikh akhir penggunaan Geran atau RC dan semua kenderaan di Malaysia mestilah menggunakan VOC buat sebarang urusan tentang kenderaan kamu.

Kini… pd zaman dunia digital di mana semua informasi dan kemaskini telah berubah kpd sistem berkomputer. Kepesatan teknologi komunikasi telah memungkinkan ianya dpt dilakukan secara online di mana-mana sahaja.

Namun mampukah ianya mencapai objektif yang sasarkan?
Sumber: www.carsome.my

Ofme

Incoming search terms: