7 Langkah Mudah Bebas Daripada Hutang

Posted on

10 April 2017 | 12:00 pm


7 Langkah Mudah Bebas Daripada Hutang. Sedikit perkongsian daripada facebook saudara Amir Syahir 7 Langkah Mudah Bebas Daripada Hutang. Kita semua ada pilihan. Kita boleh pilih nak bergaya, nak travelling satu dunia, nak nampak bergaya sekarang, tetapi kena kerja sampai mati buat bayar hutang.

7 Langkah Mudah Bebas Daripada Hutang

hutang

kredit : http://www.kabarmakkah.com

Atau kita boleh pilih buat nampak pokai, tidak bergaya, hidup biasa-biasa tetapi cari ilmu dan melabur secara bijak serta cari ilmu hartanah. Kita kena mula bijak merancang kewangan bermula daripada sekarang.

Mereka yang bijak merancang kewangan, akan mendapat hasil yang berbaloi selepas 5-10 th. Kalau nak senang lepas 5-10 th, kau orang kena start merancang dan melabur dr sekarang.

Antara penyebab budak muda tidak boleh berjaya kerana terperangkap dengan hutang.

Hutang. Setiap orang memberi tafsiran yang pelbagai terhadap hutang. Ada orang cakap ada hutang baik, ada hutang jahat. Hutang boleh jadi baik, boleh jadi jahat, bergantung atas individu itu sendiri.

Hutang baik memberi pulangan aliran wang positif kpd kau orang. Hutang jahat memberi aliran wang negatif kpd kau orang.

Semua orang pernah berhutang, bagaimana kau orang kawal hutang tu akan memberi kesan kpd kewangan kau orang. Ada orang guna kad kredit dan menjadikannya sbg hutang positif.

7 Langkah Mudah Bebas Daripada Hutang

1. Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. bila dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi buat bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Menambahkan pening kepala ada la.

2. Senaraikan Jumlah Hutang

Senaraikan semua hutang yang kau ada. Kalau boleh tampal dlm bilik. Letak dlm telefon. Kot la teringin nak beli IPhone 6SE. Boleh sedar diri sikit, hutang dah berlambak.

3. Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Yang Tinggi

Kadar faedah kad kredit ialah yang paling tinggi. bila ada hutang ini, selesaikanlah segera. Jangan bertangguh.

4. Turunkan Taraf Hidup

Kalau dulu, setiap bulan dpt gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, janganlah sampai tak ingat nak bayar hutang.

Jadi, berubahlah. Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak. Setkan dlm minda, selesaikan hutang terlebih dahulu.

5. Segera Bayar Hutang

Bina tabung hutang. dpt bonus simpan dlm tu. dpt komisen bayar hutang. Bila dpt gaji, pastikan ada bahagian buat bayar hutang. Tak mampu bayar banyak, bayar sikit dulu.

6. Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang tak boleh tengok perkataan sale 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak jg beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan msh boleh dipakai.

BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dpt nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

7. Pendapatan Sampingan

Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online ataupun kawan kau jual barang, kau tolong promote. Kawan kau orang pulak promote barang kau. Sama-sama bekerjasama. Sama-sama dpt keuntungan.

Jadi, duit yang dpt tu boleh la buat menampung perbelanjaan. Buat bayar hutang.

***

Ada orang gaji empat ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas, sebab terbeban hutang. Tapi ada yang gaji dua ribu dah ada empat buah rumah. Semuanya sebab perancangan kewangan. Kau orang gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna jugak. Mentaliti kena mantap dulu.

bila tak mampu bayar ansuran bulanan yang tinggi, segeralah ke AKPK. Mereka boleh bantu kau orang menstrukturkan semula hutang tersebut. Contohnya, mereka akan tolong kurangkan tempoh pembayaran balik ansuran menjadi lebih rendah. Ada la duit buat makan minum semua.

budak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan buat dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dpt. Senang sgt terpedaya.

Sekarang ni hutang tertunggak buatkan kau orang tak boleh buat pembiayaan perumahan. Tak guna ada rumah murah tapi kau orang hutang berlambak. Sebabnya, kau orang mampu tengok jer rumah-rumah tu.

CCRIS pun barai. Kena CTOS lagi. Macam mana nak beli rumah? Lepas tu marahkan orang lain beli rumah banyak-banyak.

Padahal kau tu yang suka berhutang beli benda tak penting. Masa zaman muda duk gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dpt gaji pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai.

Lepas ni, muhasabah sekejap diri tu. Kalau kau hidup dibelenggu hutang, mulakan langkah buat mengatasinya. Jangan dok diam, tak buat apa-apa. msh belum terlewat buat memulakan langkah.

Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Lepastu, bila masa kau nak simpan duit buat deposit rumahnya? Kah!

Kredit : [ASY] Amir Syahir

Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib’ie RA, daripada Rasulullah SAW,

 “Sesungguhnya baginda berkhutbah kpd mereka lalu menyebut kpd mereka, bahawasanya jihad pd jalan Allah dan beriman kpd Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)”.

Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata,

“Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah bila aku terbunuh di dlm jihad pd jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?”

Baginda menjawab, “Ya, benar jikalau engkau dibunuh dlm masa peperangan jihad pd jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari  kebelakang”.

Kemudian baginda bertanya, “Bagaimana katamu?” Jawab lelaki tersebut bagaimanakah bila aku terbunuh dlm

peperangan pd jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?” Baginda bersabda lagi. “Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang,

melainkan bila engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku”.

Ofme