7 Keajaiban Dunia Yang Kita Tidak Sedar

Posted on

1 April 2017 | 3:03 am

7 Keajaiban Dunia Yang Kita Tidak Sedar. Seorang guru memberikan tugasan kpd pelajarnya buat menuliskan 7 Keajaiban Dunia. Sebelum kelas bersurai, semua pelajar diminta buat mengumpulkan tugasan mereka.

permandangan indah

kredit : http://unikversiti.blogspot.my

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Sebahagian besar pelajar menulis demikian…

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam…tugasan terakhir itu ialah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya ialah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa…

Mengucap syukur buat gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:

‘Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi buat menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita buat kita miliki dan tak lupa buat kita syukuri…’

Ofme